Don't be afraid.. I'm right here with you.

Profile

aKU hanYALaH hamba-NYA
YANg senTiasA memerLukan
KekuAtan Dari-NYA untUk
meneMpuhi uJiaN dan DugaAn

Links

>Sireh<< >>Lavendar<< >>Nurein<< >>Sickbear<< >>Permata<< >>Violet<< >>Ateh<<

meNgaPa

mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau menghinakan
mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan
mengapa kau akhiri
mengapa kau memulakan
dgn getaran jiwa
ku kemukakan pertanyaan

tak ingin ku kau pergi
tak ingin ku dikecewakan
tak ingin cinta dinodai
tak ingin dihancurkan
tak ingin ku disakiti
tak ingin ku di lukakan
tak ingin ku kau beri bila kau melupakan
tak ingin ku di akhiri bila kau memulakan
dengan perasaan hampa ku meminta jawapan

di kanan ku cinta penuh bermadu
di kiri ku racunmu
kalimah sakti yg mana untukmu
dapat kau membuat pilihan
agar kita dapat bersama

kau..bisa membahagiakan...menceriakan
kau..bisa menggembira mempesonakan
aku..ingin dicintaimu...dan menyintai.
aku..ingin bila terjaga
kau disampingku selamanya

semoga cinta bersemi
semoga cintamu akan padaku
asmara kan emngundang tanpa mengira waktu
bertakhta dihatimu dan hatiku...

mengapa..kau memulakannya
tak ingin ...
tak ingin ku diakhiri bila kau memulakan..
Saturday, September 11, 2004
>> surataN atau KebeTulaN <<
Friday, September 10, 2004
>> BerHENTI <<

aKu berhenti buat seketika.
aku ingin MenCari kekuaTAn semula untuk meNulis.
kebUntuan dan keKEliruan melanda AKU
AkU akan PULANG 1 hari nanti


Posted at 11:13 pm by syam
Comments (2)  

Sunday, August 22, 2004
>>pertanYaaN Mak <<

sepanjang aku dok kat umah ni takder aper yang aku buat.penat pun tak ilang lagi aku dah kena g bawa keta. hmm..nak buat camner. aku memang tak pedulik langsung pasal umah. aku biarkan adik aku uruskan pasal rumah. aku hanya tahu makan.. hehehehe..semalam aku+mak+sarah+kawan2 mak g makan kendurik. lamer aku tak g makn kendurik.mak memang beria ajak aku berbanding sarah, adik aku. aku ngan sarah memang punyai sikap yang berbeza. aku lebih glemer berbanding dia..hehehee.. aku bukan glemer aper pun. antara aku ngan dia, kengkawan mak aku lebih mengenali aku daripada dia. adik aku sorang ni susah sket nak bergaul ngan orang.tgk ajer la ari tu mak aku ajak dia gi rumah jiran satu taman sebab ader kenduri sket skali ngan org baca Yasin. aku sorang jerk yang beria mak ajak, kerana mak pasti takan hampa kalo ajak aku.aku gerenti g nyer..hehehee.. sebut2 pasal kendurik ni.. tetiba mak tanya kitorang. soalan mak: mmmm ..bila la mak nak merasa buat kendurik kawin ... fuh .. ayat mak menyentuh hati aku. hehehe.. ye ar ku cam takder tanda2 nak buat kendurik pun. hehehee.. aku pun dengan selamber menjawab..: ilex ar mak. watper nak cepat2.sekurang2 nyer biarla cek kejer n ader keter dulu. pastu soalan mak skali lagi yang membuatkan aku tergezut: mmm..aper citer MIE skang ni. senyap jerk dia. hah~ pehal mak tetiba sebut pasal MIE ni? aku dengan selambernyer sekali lagi menjawab: mana tak senyap nye mak, dah cek tak mau kat dia, dia senyap ler  =) .hehehe.. kendian mak terkejut ngan jawapan aku. mak berkata lagi: hang cakap apa kat dia yang hang tak mau kat dia? hehehehee.. aku cuma mampu tersenyum dan dengan selamber aku menjawab: dah cek tak mau kat dia.. cek cakap la yang cek tak mau. susah aper mak.. hehehehe.. mak berkata lagi: awat hang tak mau kat dia?dia tu hensem pa.mak berkenan kat dia. aku membalas: kalo mak berkenan kat dia, amik la mak buat menantu. hehehe.. hanya itu yang mampu aku jawab soalan mak. mungkin belum sampai seru aku..

Posted at 02:29 pm by syam
Comments (11)  

Wednesday, August 18, 2004
>> AF2 <<

sabtu 14 ogos merupakan final AF2.aku ngan kengkawan dah plan nak g tgk kat cafe bawah jerk.semangat siot nak tgk final AF2 sampaikan aku terpaksa batalkan plan ngan Nazim nak g pesta konvo malam nih.hehehehe... tp aku kelewatan sket menonton AF2 sebab aku tgu zu sampai dari SA. kol 9 mlm dia masih tak sampai lagi. so aku hanya dapat dengar ADAM nyanyi dari radio era jerk. tak kisah ler janji zu selamat sampai. sampai jerk zu kat bilik, aku ngan dia terus bergegas g cafe. fuh.. nasib baik org tak ramai n kengkawan aku dah ader kat situ. lambat gak abis konsert AF nih. perut aku punyer la lapor. AF punyer pasal sanggup tgu sampai abih. akhirnya abih gak dalam kol 12. yang pastinya ADAM tempat ke 3 n ZAHID tempat pertama. dan yang pastinya aku tak puas hati linda menang tempat ke 2. lepas jerk abih konsert Af tu aku ngan kengkawan terus blah g pesta konvo. nasib baik mender makan ader lagi.so, kitorang pun reramai mkn kat situ.


Posted at 09:43 am by syam
Make a comment  

Saturday, August 14, 2004
>> SayanG dan CInta <<

CINTA bersifat sementara kerana selalunya datang dari nafsu...dari mata turun ke hati.CINTA itu sangat rapuh. maka ia perlu dijaga dengan penuh hati2 agar tidak berkecai.

KASIH SAYANG..lahir dari hati dan dari situ kita mencari keistimewaan seseorang untuk mengukuhkannya sebab mengapa kita perlu menyayanginya.KASIH SAYANGada ketahanan terhadap rintangan dan cabaran dan sifatnya bekekalan jika diizinALLAH.


Posted at 06:49 pm by syam
Comments (6)  

>> pErLukah MembakaR diri SEpeti LiliN? <<

sesekali cuba kita renungkan, apakah yang telah kita lakukan sepanjang usia hingga ke saat ini? mungkin, secara rambang bolehlah kita hitung2 kebaikan yang pernah kita lakukan - untuk diri sendiri mahupun makhluk lain di muka bumi ini. jangan pula kita lupakan untuk menginsafi dosa dan noda yang pernah kita palitkan ke atas batang tubuh sendiri, mahupun kepada diri orang lain juga. BERSEDERHANALAH! cinta itu ibarat menggenggam sebiji telur; jika genggam terlalu longgar telur itu akan jatuh lalu pecah, jika genggam terlalu kuat ia juga mungkin pecah! bersederhanalah. soal hati, soal perasaan memang diakui sukar untuk ditentukan, namun tak mustahil bagi setiap daripada kita untuk mengawal keadaan. walau bagaimana sayang sekalipun, kita tetap harus ingat tentang tahap dan batasan nya. sesuatu itu akan tampak indah dan menyamankan jika kita mampu meyeimbangkanya. bukanlah sesuatu hal yang normal kalau ia berkurang atau berlebihan. memberi kasih sayang yang berlebihan boleh merosakkan, malah mampu menyusahkan diri kita kembali. andai hari ini kita berikan tumpuan, sepenuh kasih sayang... tetapi mungkin esok lusa kita ada perkara lain yang perlu diutamakan. sekaligus apa yang kita selalu berikan kelihatannya berkurang, lalu menimbulkan ketidak enakan perasaan pada pihak lain. dalam hidup ini siapakah dan apakah yang perlu diutamakan?? jawapannya sudah tentu bergantung kepada keadaan, jika kita mengimpikan sebuah kehidupan seimbang. mana mungkin kita hanya memikirkan soal orang lain. mana mungkin kita hanya perlu menjaga hati dan perasaan orang lain. bagaimana dengan diri sendiri?? biarkan saja makan hati, memendam rasa demi kebahagian orang lain kononnya?? namun, mana mungkin juga kita hanya fikir tentang diri sendiri!! persetankan, pedulikan orang lain!! pandai-pandailah jaga diri sendiri. kita hidup bukan bersendirian. kita hidup dalam kelompok masyarakat, yang sudah tentu-tentu memerlu antara satu sama lain. adakah perlu jadi seperti lilin - membakar diri untuk menerangi orang lain?? itu memang perbuatan mulia. tetapi berbaloikah membakar diri tanpa dapat 'apa-apa'. bukan tidak ikhlas, bukan mengharap balasan... namun, ada waktu-waktunya, ada ketikanya diri sendiri perlu diutamakan. selain kerana diri sendiri, juga untuk orang lain. jangan aniaya diri sendiri, juga jangan aniaya orang lain.. sebab itu setiap perbuatan mesti didahului dengan FIKIR!

aku petik dari 'BLUES SELAMANYA'

Posted at 09:17 am by syam
Make a comment  

Tuesday, August 10, 2004
>> apER yanG patut AKU buAT <<

hari ni seharian lepak kat bilik..ader gak la kuar dari bilik.aku dah pun amik jubah.aku g amik ngan zila. nak g ngan saper laie.. zila jerk yang tinggal ngan aku.yang lain2 blom balik lagi. makan tengah ari berdua lagi..sob..sob.. biler la diorang nak balik?? RINDUNYERRRRrrr.. kan zila kan? kan? kan? untuk mengisi masa lapang aku tgk cd citer katun 'SPRITED AWAY'. best gak citer nih.. zila asik sibuk ngan PSM dia. aku jerk yang kebosanan takder kejer.. hehehehee... malam cadangnyer nak makan kat kolej 9. aku teringin lak nak makan nasi ayam black pepper. dah lamer tak makan nasi ayam tu. ni yang buat aku kerinduan nih. so, lebih kurang dalam kol 9 aku ngan zila g kolej 9 naik moto ain. tapi... malangnyer kedai yang jual nasi ayam tu tak bukak. hmmm.. kempunan la aku. takpe lenkali bleh g lagi.. aku memujuk hati. ups.. terluper lak aku nak citer yang abah kol aku mlm nih. dia tanya pasal konvo. hmm.. setakat ni ok. sok abah masuk duit laie. thanks~

aku dapat msg dr seseorang yang buat aku tak lena tido. yer ker?? msg tu tertulis:

"sy hanyalah seorang kwn kepada awk,yg sntiasa brada dblakang awk.. x kira dbenci atau dsukai. sy syg awk"


apakah maksud sumer ni??? aku konfius... TOLONGLAH AKU!!!!!! adakah patut seorang kawan lelaki meluahkan rasa sayangnya pada seorang kawan perempuan?? aku tak penah jumper kawan lelaki camni.ker aku yang cepat melatah???? tapi aper yang aku rasakan.. ada sesuatu yang tak kena. perasaan itu datang lagi... MAMA!!!!!! tolong!!!!! aku BENCI.. aku BENCI.. aku BENCI.. sikap dia.
naper nak diulang kesilapan yang lamer???? aku tak PAHAM!!!! apa yang patut aku buat?? buat bodo jerk?? arghh... itulah yang aku buat selama ni selepas kesilapan yang lalu. bila aku buat bodo.. dia tak penah serik ngan kesilapan yang lalu... tolonglah jgn lafazkan ungkapan SAYANG itu. aku BENCI. aku allergic akan ungkapan itu. ya ALLAH.. tolonglah hamba-MU ini.jauhkanlah aku dari perasaan itu.. kawan2.. tolonglah aku...

 

Posted at 12:29 am by syam
Comments (9)  

Monday, August 09, 2004
>> aMpuNkan DosaKu <<

terlewatkah aku tuk menonton citer 'AMPUNKAN DOSAKU'? paper pun aku tetap menonton dan ceriter ni betul2 menyentuh perasaan aku ini sebagai seorang anak. ya ALLAH jauhkanlah hamba-MU ini dari sifat keji itu. sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu.

" kesalahan kita dengan ALLAH boleh diampun dengan TAUBAT kecuali syirik. tetapi kesalahan sesama manusia amat payah jika tiada KEAMPUNAN dari mereka yang terlibat. maknanya manusia itu amat rugi sekali. mereka rugi DUNIA dan AKHIRAT, tiada bekalan untukknya di akhirat kelak"

 


Posted at 01:24 pm by syam
Comments (4)  

Sunday, August 08, 2004
>> Danga Bay lagi <<

semalam tinggal aku ngan zila jerk kat ktc ni.yang lelain dah balik kampung masing2.so,aku terpaksa pindahkan sket barang aku ke bilik zila sebab sepanjang cuti ni aku lepak kat bilik dia.terasa sunyi sangat... makan pun berdua jerk..sob..sob..sob.. malam - lepas maghrib, zila tanya aku malam ni nak masak aper.aku jawab:sardin jerk la yang ader.. =) so, dia pun g masak nasik n dia soh aku masak sardin.aku pun masak cam biasa.. bila dah selesai masak aku dapat mesej dari abg ngah.dia ajak kuar makan.huh~ adakah aku yang tercepat atau dia yang terlambat? urmm..aku tak leh nak balas mesej dia sebab aku takder kedit.zila pun takder kedit gak.so,sesamer takder kedit.diam jerk la. tetiba iza kol aku.dia kate: wei jom kuar 'merayap' malam ni.korang tido ar kat umah aku sebab nnt nak balik lambat .. dah takleh masuk UTM.urmm.. aku serahkan keputusan kat zila.ye ar aku no halnyer.aku memang takder kejer.hehehehe... akhirnya zila bersetuju gak. aku mati-matian ingatkan abg ngah dah plan ngan iza ngan geng abg2 tuh.tapi sebenarnya tak.. aku terkonfius ngan keadaan ni sebenarnya.lepas kontek abg ngah.. tup2 dia datang sengsorang naik kembara. aik..nape dia datang sensorang nih?? konfius aku.. =) aper2 pun plan g makan tetap diteruskan.kitorang kirenyer berempat makan kat SAYAM - stulang. lamer gak menunggu geng abg2 tu sampai.tetapi setelah sekian lama menunggu.. tak kunjung tiba jugak.akhirnya.. kitorang makan gak walaupun tanpa kehadiran mereka. selepas makan.. masih menunggu lagi.tapi lelamer kat kedai tu malu lak rasanya.akhirnya kitorang pun blah.. dan mula bergerak ke DANGA BAY. hmmm... ader kejadian yang berlaku kat iza.tak payah la aku citer kat sini. biarlah aku,iza dan zila jerk yang tahu.. hehehee... waktu perjalanan ke Danga Bay ader geng2 mamat naik keta kelisa ngorat. lawak sei.. huahuahuaaa...abg ngah cam bodyguard jerk kat belakang kitorang .. wakakakaka.. kat danga bay kitornag  lepak jerk sambil amik2 gambo... =) abg ngah still kontek lagi ngan abg2 tu.. soh dtg danga bay. lamer gak kitorang menanti. lebih kurang dalam kol 1 lebih2..barulah diorang datang.kitorang ni pun dah ngantuk menunggu.berborak kejap jerk.. ye la waktu tu dah kol baper. urmmm..aku rasa ader yang tak kena antara abg ngah ngan abg2 tu.bermacam2 kesimpulan yang aku buat..hehehehee... tp memang nampak lain sangat diorang tuh.cam ader yang tak kena jerk.. akhirnya kitorang blah gak dalam kol 2 lebih.. itupun diorang tak nak balik lagi.ajak g minum kat stulang.tapi kitorang dah tak larat nak minum.dah ngantuk dah.so, terus balik umah ler.sampai kat umah iza dalam kol 2.47 pagi.bile sampai jerk kat umah ngantuk pun dah ilang.so, ape laie kitorang tgk cd 'Maria Mariano'.lawak seiiiii... =)


Posted at 04:13 pm by syam
Comments (5)  

Friday, August 06, 2004
>> Makan <<

semalam blok blackout lagi.dalam kol 4 lebih rasanya..ermmm bosannya.aku dan has mulalah plan nak kuar mlm nih.tetiba kitorang samer2 teringin nak makan tomyam.otak ni mulalah berfikir camner nak capai hajat tuh ..hehehee.. cadangan tu di bawa ke bilik mama.sumer pakat segan nak mintak tolong. akhirnya aku yang antar msg kat iza guna kedit mama [ ye ar aku takder kedit kan =) ] lama gak tunggu respon dr iza.akhirnya dapat respon yang baik.. hehehehe.. besss nyer.. mlm ni bleh makan tomyam. so, malam ni sumer kengkawan aku + 2 org abg g makan kat BENTENG. kitorang makan reramai.. dah lamer rasanya tak makan reramai cam nih. ye ar bukan senang nak kumpul satu kroni =) tapi..ader yang tak besnyer.abg2 tu bayar aper yang kitorang makan.segan siotttt... bukannyer aper.dah ler kitorang yang ajak kuar makan, pastu diorang lak yang belanjer.. tak patut..tak patut. segan seiiii... hmmm.. waktu nak balik aku pesan kat abg tu.. lenkali jangan wat camtu laie.. malu seiii...

aper yang penting skang nih..selera makan aku semakin bertambah... yesssss... ALHAMDULILLAH... bleh ler aku tambahkan berat badan aku lagi...


Posted at 11:32 am by syam
Comments (3)  

Blogdrive